Wednesday, 28 September 2011

Bagaimana Hendak Menggunakan Acronis True Image (Back-Up Tools)

1) Mulakan (Start) Acronis dan anda akan lihat paparan ‘welcome’ . Ini adalah paparan utama di mana anda   akan lihat berbagai menu utama. Tentunya dalam kes ini kita akan memilih pilihan ‘Back up’.

PAPARAN MENU UTAMA

2) Sekarang kita boleh memilih data yang perlu untuk diback-up. Untuk memilih seluruh sistem untuk di back-up pilih paparan 'My Computer'

PAPARAN PEMILIHAN DATA

3) Kemudian kita pilih sumber dari mana untuk kita back-up file kita. Selalunya kita boleh dapati daripada system C. Jika kita mahu memilih Drive lain hanya check butang yang dikehendaki.

PAPARAN UNTUK PEMILIHAN SOURCE

Lihat bagaimana acronis mengesan drive yang kita sambung pada komputer kita. Ini termasuk external hard drive dan juga USB/Pendrive

4) Sekarang tiba masa untuk kita memilih destinasi untuk kita simpan file yang telah di back-up tadi. Dalam contoh ini saya memilih drive 'H' untuk external hddisk saya

PAPARAN PEMILIHAN DESTINASI UNTUK BACK-UP FILE

Untuk permulaan back-up yang menyeluruh pilih ‘Create new backup archive’ . Guankan butang pelayaran untuk menukar/memilih lokasi yang dikehendaki. Klik pada butang ‘Summary’jika sudah selesai (lihat #6) atau pada butang ‘Next’ jika anda mahu buat ‘scheduling’ atau mengubah pilihan lain (lihat #5).
5) Ini adalah selepas anda menekan butang ‘Next’ dalam langkah #4. Klik pada ‘Summary’ untuk memilih pilihan ‘Options’ untuk set jadual dan pilihan back-up yang lain.

PAPARAN ‘PAT ON THE BACK’

PAPARAN ‘SCHEDULING’

6) Setiap kali anda menekan butang ‘summary’ (dalam pilihan #4 dan #5 atau pun dalam paparan Scheduling) proses untuk setup akan selesai dan Acronis akan memaparkan paparan seperti di bawah ini:

PAPARAN ‘SUMMARY’

Anda akan perasan saya memilih, daripada pilihan backup , untuk ‘validate’. Ini akan memakan masa yang lama tapi proses ini adalah yang terbaik untuk 'back-up' dan 'restore'.
Sekarang klik pada butang ‘Proceed’ dan Acronis akan memelukan proses back-up, memaparkan kerja-kerja sedang dijalankan dan masa yang dianggarkan untuk meyiapkan seluruh proses
Acronis akan meemberi arahan sekiranya anda memilih setting yang salah ataupun percubaan yang tidak digalakkan.
 PAPARAN ‘WARNING’

Paparan ini menunjukkan apabila anda telah memilih drive C sebagai source dan destinasi.
Proses ini hanya memakan masa selama 21 minit untuk siap and menyimpan 25 gigabytes imej fail menngunakan  'Normal' compression dalam 'Normal' priority (Default settings). Banyak lagi yang boleh didapati daripada Acronis selagi mana kita mahu bersungguh untuk mempelajarinya

Terima Kasih,

No comments:

Post a Comment